GSRTerbalik

Forum khas untuk pengguna dan peminat enjin GSR/MIVEC generasi kedua


You are not connected. Please login or register

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Panduan memohon penukaran enjin on Fri Mar 04, 2011 10:43 am

abg slamber


Members
Members
Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.

JENIS-JENIS PERMOHONAN
1. Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)

2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal

3. Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar

4. Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi

5. Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)

6. Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)
PROTON <-> a) MITSUBISHI
b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.Cool
c) CITROEN ( TIARA)
* penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PERODUA <-> DAIHATSU / TOYOTA
FORD <-> MAZDA
PEUGOT <-> CITROEN
HICOM <-> ISUZU

?SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:
1. Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.

2. Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
3. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.

4. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.

5. Tidak melebihi enjin berkeupayaaan 2000cc untuk kenderaan model proton selain proton perdana.
6. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).

7. Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:

1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
2. Bil/Resit belian enjin yang asal
3. Laporan Kastam K1 yang asal
4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Bagi Kategori 2 hingga 6
Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
1. Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
3. Salinan bil/resit belian enjin
4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
3. Bil/Resit belian enjin yang asal
4. Laporan Kastam K1 yang asal
5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.
Kadar bayaran
Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif
Makluman
Permohonan Penukaran Enjin boleh dilakukan di Pejabat JPJ Negeri.

http://www.caribarang.webs.com/

2 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Sat Mar 05, 2011 1:07 am

hanif


Members
Members
tengkiu bro.mmg brguna bg sya yg tktau pa stu ni.

3 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Sat Mar 05, 2011 11:51 am

s4ptuner


Members
Members
tq for info leh buat panduan mcm nubis like me

4 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Mon Mar 07, 2011 1:53 pm

abg slamber


Members
Members
WELCOME ALL. Very Happy

http://www.caribarang.webs.com/

5 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Sat Jun 18, 2011 12:00 pm

g2_genetic


Members
Members
tq bro!! info yg sangat berguna!! cheers

6 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Sat Jun 18, 2011 2:00 pm

amrannaim


Members
Members
tq bro... memang berguna sgt2 untuk aku... minggu depan plan nak pi masuk puspakom...

7 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Mon Jun 20, 2011 10:23 am

abg slamber


Members
Members
amrannaim wrote:tq bro... memang berguna sgt2 untuk aku... minggu depan plan nak pi masuk puspakom...


borang penukaran engine

http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=24&Itemid=96



http://www.caribarang.webs.com/

8 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Thu Sep 22, 2011 4:13 pm

tarjusan


Members
Members
salam bro..macam kereta aku x habis byar lagi..tapi geran ade kat aku..so bole lepas jugak ke kalau nk tuka enjin

9 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Thu Sep 22, 2011 6:17 pm

karimGen2


Members
Members
tarjusan wrote:salam bro..macam kereta aku x habis byar lagi..tapi geran ade kat aku..so bole lepas jugak ke kalau nk tuka enjin




boleh sgt..tk jd mslh..nnt jpj tukar geran baru..mcm kete baru..hehhe..

10 Re: Panduan memohon penukaran enjin on Thu Sep 22, 2011 7:22 pm

tarjusan


Members
Members
oo..kire xde masalah ngn bank la..just buat balik insyuran geran baru nnt ka..

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum